Aktiviti-aktiviti
Bersiar-siar
Sabah dianugerahi dengan pemandangan persekitaran yang cantik dan merupakan negeri yang kaya dengan warisan tradisi turun temurun. Oleh itu, Sabah menjanjikan seribu satu benda yang boleh dilihat dan dipelajari. Pengunjung yang berpeluang menjejakkan kaki ke Bumi di Bawah Bayu ini tidak boleh melepaskan peluang untuk bersiar-siar ke tamu (pasar mingguan), tempat-tempat bersejarah, Muzium Negeri Sabah, Galeri Seni Sabah, serta lain-lain lagi tempat menarik. Terdapat berbagai-bagai acara yang harus disaksikan dan dinikmati di sini.
Tempat-tempat menarik untuk aktiviti "Bersiar-siar"