Kota Kinabalu (Ibu Negeri)

Sebagai salah satu mercu tanda yang bertahan lama di Kota Kinabalu, menara ini berdiri megah di lereng Jalan Bukit Bendera bersebelahan dengan Balai Polis lama. Menara kayu keseluruhannya ini dibina pada tahun 1903. Struktur tanpa paku ini dibina untuk memperingati Francis George Atkinson – Pegawai Daerah Jesselton yang pertama dan terkenal semasa Pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Beliau telah meninggal dunia kerana diserang penyakit tropika pada usia 28 tahun. Menara jam ini dikenal pasti sebagai struktur berdiri yang tertua di seluruh Sabah yang terselamat daripada pengeboman bandar Jesselton semasa Perang Dunia Kedua. Sehingga hari ini menara tersebut masih kekal di situ dan memberikan khidmatnya menyatakan waktu kepada penduduk kota. Menara Jam Atkinson diurus oleh Muzium Sabah di bawah Seksyen Antikuiti dan Sejarah.
Cara ke Sana
Boleh berjalan kaki atau menaiki teksi untuk ke sana. Dari bawah Jalan Bukit Bendera di Padang Merdeka, pusing ke sebelah kiri untuk ke tapak jam. Anda juga boleh melihatnya daripada bawah bandar.
Foto
-
Memorial Perang Petagas
- Bersiar-siar di Kota Kinabalu
- Galeri Tun Mustapha
- Kampung Budaya Monsopiad
- Karambunai Resorts Golf Club
- Kereta api Borneo Utara / North Borneo Railway
- Masjid Negeri Sabah
- Menara Tun Mustapha
- Muzium Sabah & Kampung Budaya
- Orchid de Villa
- Pantai Tanjung Aru
- Pasar Kraf tangan
- Pengalaman Lawatan ke Kilang Kopi Cap Kuda
- Platform Pemerhatian Bukit Signal
- Pusat Santaian Tubuh dan Minda Jari Jari / Jari-Jari Body & Mind Relaxation
- Pusat Tanah Lembap Kota Kinabalu
- Sabah Golf & Country Club
- Sutera Harbour Golf & Country Club
- Taman Penyembuhan Tradisional Ka’andaman
- Tamu Mingguan Jalan Gaya
- Tamu Penampang
- The Waterfront
Kota Kinabalu: Tiada Hujan