Destinasi - Tempat-tempat menarik
Gua Gomantong
Sandakan

Dilabelkan sebagai “Pengurusan Gua Sarang Burung (bagi burung  yang dimakan) Terbaik Dunia” oleh Tabung  Hidupan Liar Sedunia (WWF), Gua Gomantong yang terletak di tengah-tengah Hutan Simpan Gomantong telah menjadi tumpuan  dunia bagi  sarang burung semenjak berabad lalu.

Semenjak abad ke-13, pedagang-pedagang Cina telah datang ke Sandakan dalam usaha mencari sarang burung, sejenis makanan istimewa dalam  kalangan orang-orang Cina.   Hidangan berharga ini  diperoleh daripada ketinggian 100 meter di siling Gua Gomantong.    Secara harfiahnya, para pengutip sarang burung mempertaruhkan nyawa mereka dengan  memanjat tangga binaan daripada  rotan  dan tali untuk mendapatkan sarang burung tersebut.   Cara pengutipan  yang berisiko tinggi ini menjadikan komoditi tersebut amat berharga dan mahal. 

Terdapat dua kompleks gua iaitu Simud Hitam (Gua Hitam) menganjur sehingga ke ketinggian  90 meter dan lebih mudah didaki berbanding  Simud Putih (Gua Putih), tempat memperoleh sarang-sarang yang  berharga.   Untuk sampai ke Simud Hitam memerlukan 5 minit perjalanan dari pusat pendaftaran.  Laluan berpapan yang sentiasa  diselia memberikan kemudahan kepada untuk membuat aktiviti penjelajahan atau menyaksikan  sendiri  kemahiran pengutip sarang burung menjalankan tugas mereka. 

Haiwan yang menghuni gua tersebut termasuklah burung layang-layang (yang menghasilkan sarang burung yang dikutip) dan kelawar.  Di bahagian luar,  anda dapat menyaksikan burung-burung lain  seperti helang jambul, helang malam dan raja udang.  Malah,  anda juga mungkin berpeluang menyaksikan orang utan.  Untuk penjelajahan yang lebih mencabar anda perlu menempah lebih awal.

Kemudahan yang disediakan termasuklah kawasan berkelah dan juga Chalet Hutan Hujan Gomantong yang boleh memuatkan sehingga 30 orang. 

Cara ke Sana 

Perjalanan  bas sejauh 95 km yang berlepas dari bandar Sandakan ke Sukau  dan mengambil masa selama satu setengah jam. Tambang yang dikenakan ialah RM17.00 setiap perjalanan.  Anda boleh mengaturkan lawatan anda dengan pengendali pelancongan tempatan atau Jabatan Perhutanan.  Semak senarai direktori pelancongan kami untuk butiran lanjut.

Masa Melawat
Setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang

Yuran Kemasukan
Pemegang Mykad           Dewasa      RM 5.00              Di bawah 18 tahun   RM 2.00
Lain-lain                         Dewasa      RM30.00             Di bawah 18 tahun  RM15.00

(Caj tambahan akan dikenakan untuk penggunaan peralatan fotografi)

Keterangan Lanjut
Pengutipan sarang burung lazimnya  dilaksanakan antara bulan Februari dan Ogos. 

Alamat
Jabatan Perhutanan Sabah

Laman Web: http://www.forest.sabah.gov.my


Foto



Acara berlangsung di sekitar Sandakan
*Untuk senarai penuh acara, sila lawati laman acara kami di Halaman Acara