Kota Kinabalu (Ibu Negeri)

Di tengah-tengah kemewahan Kompleks Sutera Harbour Resort dan Spa terdapat Lapangan Golf Sutera dengan 27 lubang 72 par, seluas 9351m. Lapangan kejohanan yang direka indah oleh Graham Marsh mengandungi Lake 1-9, Warisan 10-18 dan Taman 19-27 dan itulah karya yang terbaik yang mengadunkan alam semula jadi dengan gagasan seni reka yang bijak untuk menghasilkan lapangan kelas pertama. Kata-kata tersebut diutarakan sendiri oleh perekanya.
Terletak di tengah-tengah Bandaraya Kota Kinabalu dan hanya 10 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Kelab ini menawarkan tempat permainan golf sama ada siang atau malam. Lubang pengenalannya ialah lubang ke-24, 4 par, 330m (Laluan Taman) sekali gus dengan cabaran sisa pasir dan kehijauan yang beralun.
Kemudahan lain yang disediakan termasuklah lapangan sasar, grin (latihan), kawasan cip dan latihan bunker, Pro Residen, Kedai Pro, penyewaan bugi, bilik lokar dengan kemudahan sauna dan bangunan kelab golf. Tetamu dalaman di sini diberikan keistimewaan bersilang.
Kadar Bermain Golf *
| Siang | Malam | |
| Hari Biasa 9 Lubang -Kadar yang Diiklankan -Tetamu Hotel | RM138.00 RM115.00 | RM316.25 RM161.00 |
| Hujung Minggu dan Cuti Umum 9 Lubang -Kadar yang Diiklankan -Tetamu Hotel | RM195.50 RM184.00 | RM385.25 RM230.00 |
| Hari Biasa 18 Lubang -Kadar yang Diiklankan -Tetamu Hotel | RM276.00 RM212.75 | RM448.00 RM276.00 |
| Hujung Minggu dan Cuti Umum 18 Lubang -Kadar yang Diiklankan -Tetamu Hotel | RM350.75 RM322.00 | RM540.50 RM388.25 |
| 9+9 golf (Bermain golf siang dan malam) | ||
| Hari Biasa -Kadar yang Diiklankan -Tetamu Hotel | RM414.00 RM258.7 | |
| Hujung Minggu -Kadar yang Diiklankan -Tetamu Hotel | RM523.25 RM368.00 | |
(*Bersih. Termasuk yuran grin, bugi, baucar makan untuk tetamu hotel yang berkaitan, levi malam yang berkaitan)
Cara ke Sana
Oleh sebab kedudukannya di tengah-tengah Bandaraya KK, anda dengan mudah boleh ke sana dari semua arah, sekiranya anda bukannya tetamu hotel. Anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi dan tambang yang dikenakan berdasarkan tempat yang anda naik, dan tambangnya bermula daripada RM12.00 ke atas.
Maklumat PerhubunganSutera HarbourGolf and Country Club,
1 Sutera Harbour Boulevard, Sutera Harbour 88100,
Kota Kinabalu Sabah.
Tel: +6088308194
Faks: +6088243471
E-mel: golf@suteraharbour.com.my
Laman Web: http://www.suteraharbour.com.my
Foto
-
Memorial Perang Petagas
- Bersiar-siar di Kota Kinabalu
- Galeri Tun Mustapha
- Kampung Budaya Monsopiad
- Karambunai Resorts Golf Club
- Kereta api Borneo Utara / North Borneo Railway
- Masjid Negeri Sabah
- Menara Jam Atkinson
- Menara Tun Mustapha
- Muzium Sabah & Kampung Budaya
- Orchid de Villa
- Pantai Tanjung Aru
- Pasar Kraf tangan
- Pengalaman Lawatan ke Kilang Kopi Cap Kuda
- Platform Pemerhatian Bukit Signal
- Pusat Santaian Tubuh dan Minda Jari Jari / Jari-Jari Body & Mind Relaxation
- Pusat Tanah Lembap Kota Kinabalu
- Sabah Golf & Country Club
- Taman Penyembuhan Tradisional Ka’andaman
- Tamu Mingguan Jalan Gaya
- Tamu Penampang
- The Waterfront
Kota Kinabalu: Tiada Hujan